
Gurdial Singh Nijar berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan dalam kamar.
“Jabatan Peguam Negara meminta seminggu untuk membalas afidavit.”
“Bagaimanapun kami membantah kerana Maria mungkin berhadapan tempoh yang lebih lama dalam tahanan sebelum perbicaraan,” katanya.
Peguam kanan berkata Nordin mengarahkan Jabatan Peguam Negara, dengan 4 responden mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit mereka dalam jawapan menjelang Isnin depan.
Gurdial berkata mereka juga meminta Maria hadir di mahkamah semasa perbicaraan.
“Pesuruhjaya kehakiman memberitahu kami dalam keadaan biasa, pemohon tidak hadir di hadapan mahkamah.”
“Bagaimanapun kami menyerahkan kepada budi bicara mahkamah bagi membawa beliau hadir di hadapan pendengaran atau tidak,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peguam Maria, Datuk Ambiga Sreenevasan membuat permintaan kepada ketua polis negara untuk mendapatkan tilam.
“Beliau memberitahu media semalam Maria tidak meminta tilam.”
“Kami kini sedang membuat permintaan itu bagi pihak anak guam kami untuk mempunyai tilam,” katanya.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar memberitahu yang Maria tidak membuat permintaan mendapatkan tilam.
Semalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam satu kenyataan berkata ia melawat Maria dalam tahanan yang tidak didedahkan dan mendapati beliau tidur di atas katil tanpa tilam.
Maria memfailkan habeas corpus pada Isnin, memohon pembebasannya dari Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau tahanan Sosma serta-merta.
Beliau ditahan pada malam sebelum perhimpunan Bersih 5 berlangsung.
PAUTAN: