
Maklumat yang diterima daripada Education Malaysia, Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta, semua 421 pelajar Malaysia selamat berikutan lokasi bencan terletak 121km dari kawasan penempatan mereka.
Seramai 380 pelajar Malaysia di Aceh merupakan penuntut Pengajian Islam di Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry di Banda Aceh, manakala baki 41 lagi belajar di Madrasah Agama sekitar Banda Aceh.
Pihak Kedutaan Besar Malaysia Jakarta melalui Education Malaysia Indonesia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan berterusan memantau keadaan semasa dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan susulan.
Pelajar juga diingatkan sentiasa mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan Pihak Keselamatan atau Pemerintah Provinsi Aceh.
PAUTAN: