
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata demikian susulan cadangan Dr Adeeba yang pusat pemulihan dadah perlu ditutup kerana kajian menunjukkan kes berulang penagih mencatatkan kadar tinggi.
“Kita sedia menerima cadangan dia. Mungkin biar beliau menguruskan sekiranya beliau sanggup,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Kelmarin, Dr Adeeba dilaporkan berkata, penyelidikan yang dijalankan dengan kerjasama Yale University School of Medicine dan University of Florida College of Medicine di Amerika Syarikat serta Burnet Institute Melbourne di Australia mendapati proses pemulihan penagih di pusat pemulihan sukarela lebih baik.
Beliau berkata, kajian yang diterbitkan The Lancet Global Health menunjukkan separuh daripada penagih pusat pemulihan kembali kepada tabiat lama dalam 31 hari berbanding 352 hari bagi mereka yang ditempatkan di pusat sukarela, peningkatan 10 kali ganda.
Pegawai Perhubungan Awam Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Salehuddin Klewan yang dihubungi FMT bagaimanapun enggan mengulas cadangan itu.
“Isu ini besar sikit sebab dia sentuh kita punya dasar, dia sentuh dasar kerajaan sedia ada. Jadi, buat masa ini saya tak boleh bagi komen. Kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.
Pusat pemulihan dadah ditubuhkan AADK pada 2010.