Maulid: Gabenor Jakarta tuntut keadilan ekonomi, penegakan hukum

Maulid: Gabenor Jakarta tuntut keadilan ekonomi, penegakan hukum

Anies Baswedan dan timbalannya mahu isu ketidakseimbangan ekonomi dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang ditangani

Anies-Baswedan
PETALING JAYA:
Gabenor Jakarta Anies Baswedan hari ini menuntut keadilan ekonomi ditegakkan di Indonesia, dalam ucapan bersempena sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad hari ini.

Beliau berkata demikian seusai solat subuh di Masjid Sunda Kelapa di ibu negara republik itu.

Menurut Anies, solat jemaah besar-besaran disamping memperingati hari kelahiran nabi juga menggambarkan perjuangan orang Islam Indonesia.

“Hari ini umat Islam menuntut keadilan ditegakkan di negeri ini,” kata Anies dalam ucapannya, lapor media Indonesia, Tempo.

Keadilan yang beliau maksudkan itu merangkumi beberapa aspek seperti ekonomi dan penguatkuasaan undang-undang.

Sementara itu, timbalannya Sandiaga Uno pula berkata ketidakseimbangan ekonomi di Jakarta semakin ketara. “Giat ekonomi hanya dirasakan segelintir orang,” katanya.

Beliau berharap acara itu menggemakan sentimen orang Islam terhadap isu penguatkuasaan undang-undang. “Umat sudah ada di titik puncak menuntut keadilan,” katanya.

Acara berjemaah itu dianjurkan Gerakan Nasional Pengawal Fatma Majlis Ulama Indonesia. Ia merupakan lanjutan daripada Aksi Bela Islam pada 2 Disember lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.