Cita-cita jadi TPM bukan jenayah, kata Kit Siang

Cita-cita jadi TPM bukan jenayah, kata Kit Siang

Pemimpin DAP berkata setiausaha akhbar perdana menteri "kebudak-kebudakan".

kit-siang-1
GEORGE TOWN:
Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan kewajaran akaun bersumpah menolak dakwaan beliau tidak menyasarkan jawatan timbalan perdana menteri, menyifatkan pegawai perdana menteri “kebudak-budakan”.

“Ini permainan kebudak-budakan. Saya nak tahu siapa yang arahkan beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu?” kata Kit Siang.

“Beliau membuat kenyataan itu seolah harapan menjadi timbalan perdana menteri atau perdana menteri satu jenayah besar.”

Ketua Ahli Parlimen DAP itu didakwa menuntut jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, dalam satu mesyuarat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir menafikan perkara itu dibincangkan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad hari ini mencabar Kit Siang supaya menafikan dakwaan itu melalui akuan bersumpah.

“Ia adalah hak rakyat untuk mengetahui kebenaran cita-cita politiknya, supaya mereka boleh membuat pilihan sebelum mengundi,” kata Sariffuddin, dan menambah DAP merupakan parti dominan dalam Pakatan Harapan, yang turut dianggotai PKR dan Amanah.

Kit Siang tidak akan menyahut cabaran Sariffuddin kecuali perdana menteri membuat akaun bersumpah menafikan beliau seorang “kleptokrat”.

“Saya akan menjawab pertanyaan Sariffuddin selepas itu,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP Pulau Pinang hari ini.

Kit Siang perlu buat akuan sumpah tak minat TPM, kata pembantu Najib

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.