Amanah gesa Putrajaya jelaskan penglibatan tentera di Yaman

Amanah gesa Putrajaya jelaskan penglibatan tentera di Yaman

Amanah mempersoalkan peranan negara berada di ibu pejabat operasi Riyadh bersama kuasa besar Barat.

Bahasa,-FMT,-KL,-Malaysia,-Amanah,-operasi-tentera,-raja-bahrin.
PETALING JAYA: Amanah mempersoalkan penglibatan pegawai Malaysia dalam membantu operasi ketenteraan Arab Saudi di Yaman dan menuntut penjelasan Putrajaya.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad hari ini berkata, kehadiran Malaysia dilihat janggal dan menghairankan kerana semua yang terlibat terdiri daripada negara Arab, Afrika dan kuasa besar barat.

“Apa peranan Malaysia berada di ibu pejabat operasi Riyadh bersama kuasa besar Barat Amerika, Perancis dan Britain yang diketahui umum membekalkan alat ketenteraan, peluru, senjata dan bom membunuh bukan sahaja beribu orang awam di Yaman tetapi juga Syria?

“Rakyat Amerika, Perancis dan Britain membantah peranan kerajaan mereka membekal senjata dan bom untuk perang di Yaman dan Syria.

“Rakyat Malaysia menuntut tahu apakah peranan kita bersekongkol di ibu pejabat operasi bersama negara-negara pembekal senjata, peluru dan bom yang membunuh beribu rakyat Islam awam tidak berdosa di Timur tengah selama ini,” katanya menerusi kenyataan media.

Baru-baru ini, laporan terkini badan dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pegawai Malaysia turut terlibat membantu operasi ketenteraan Arab Saudi di Yaman dan menyifatkannya jenayah perang.

Ia memberi amaran kepada negara lain yang membantu Riyadh, selepas penyiasatannya mendapati kebanyakan sasaran serangan di Yaman antara Mac dan Oktober tahun lalu adalah kawasan awam, melibatkan kematian 292 orang awam termasuk 100 wanita dan kanak-anak.

Mengulas lanjut, Raja Bahrin menyatakan kehadiran negara barat di Yaman mempunyai dasar anti Islam tersendiri seperti Perancis dengan polisi larangan hijab dan burkini, Britain melarang kemasukan pelarian Islam melalui “Brexit” dan Amerika yang pro-Israel serta mengharamkan kemasukan rakyat dari 7 negara Islam.

“Apakah peranan dan sumbangan Malaysia dalam kelompok ini? Kalau tidak menyumbang kenapa hadir di kalangan kelompok ini?” katanya.

 

PBB bidas Saudi, dakwa pegawai Malaysia turut bantu operasi di Yaman

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.