
Bercakap kepada FMT, beliau berkata siswazah tidak boleh melangsaikan pinjaman kerana tidak mencari pekerjaan atau gaji yang baik kerana pendidikan mereka yang tidak bermutu.
Beliau menjelaskan kajian menunjukkan kalangan siswazah hari ini tidak celik kewangan, antara hujah yang ditujukan kepada mutu rendah pendidikan di institusi pengajian tinggi tempatan.
“Nasib mereka malang kerana menanggung hutang dan tidak laku kerana tidak mempunyai kemahiran, latihan dan pendidikan secukupnya,” katanya.
Dzulkefly mencadangkan beberapa penyelesaian kepada kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Masalah utama yang perlu ditangani adalah kekurangan latihan kemahiran insani (soft skill) dan kemahiran teknikal (hard skill) yang majikan hargai. Beliau akui menangani masalah itu bukan mudah dan mengambil masa, terutamanya di peringkat IPT.
Mengenai siswazah yang berjaya mendapatkan pekerjaan, beliau berkata kerajaan mesti pastikan mereka dibayar gaji yang “adil dan baik”.
Beliau juga mencadangkan universiti dan kolej menubuhkan unit penempatan pekerjaan di kampus dan kerajaan memberi insentif kepada syarikat yang cenderung mengambil orang tempatan bekerja berbanding orang asing.
“Banyak pekerjaan diberikan kepada orang asing,” katanya.
Dzulkefly juga mencadangkan PTPTN mengadakan skim pembayaran fleksibel yang membolehkan siswazah membuat pembayaran secara konsisten tetapi masih mempunyai pendapatan secukupnya untuk dibawa pulang.
“PTPTN sekarang ini mengalami defisit RM600 juta sehingga RM650 juta setahun,” katanya. “Langkah yang sesuai, bukannya hukuman, perlu dilaksanakan untuk membantu siswazah membayar pinjaman.”
Pada Disember lalu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mary Yap dilaporkan berkata seramai 1,574,700 peminjam gagal membayar pinjaman PTPTN. Keseluruhan tunggakan kira-kira RM32.07 bilion.
Mereka yang gagal membayar pinjaman disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan akan menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman baharu.