Polis Indonesia siasat warganya terlibat kes bunuh Jong Nam

Polis Indonesia siasat warganya terlibat kes bunuh Jong Nam

Suspek, Siti Aishah dari Serang di wilayah Banten Indonesia ditahan pihak berkuasa Malaysia bersama seorang lagi wanita bersabit kematian Jong Nam.

Inspektor-Jeneral-Boy-Rafly-Amar
JAKARTA:
Polis Indonesia akan menyiasat penglibatan rakyatnya berhubung kematian abang pemimpin Korea Utara, kata jurucakap polis pada Khamis lapor agensi berita China Xinhua.

Siti Aishah dari Serang di wilayah Banten Indonesia dilaporkan ditahan pihak berkuasa Malaysia bersama seorang lagi wanita bersabit kematian Kim Jong Nam.

“Saya akan jalankan siasatan mengenai maklumat itu,” kata jurucakap polis negara itu Inspektor Jeneral Boy Rafly Amar.

Polis Malaysia sebelum ini dilaporkan berkata Kim, 46, ditemui mati pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mayatnya kemudian dibawa ke ke hospital pada Rabu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Dua suspek wanita yang dirakam kamera litar tertutup di lapangan terbang berkenaan ditahan. Seorang suspek memegang pasport Vietnam sementara seorang lagi pasport Indonesia.

Kedutaan ingin jumpa suspek warga Indonesia bunuh Jong Nam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.