90 peguam dilarang beri khidmat guaman sejak 2013

90 peguam dilarang beri khidmat guaman sejak 2013

Kebanyakan peguam terbabit tidak jujur dan antaranya menyeleweng wang anak guam dan menggandakan ia sebagai pinjaman kepada anak guam yang kekurangan wang.

Syed-Ahmad-Helmy-Ahmad_lawyer_600
KUALA LUMPUR :
Seramai 90 peguam tidak dibenarkan meneruskan khidmat guaman profesional masing-masing kerana terlibat dengan salah laku, sepanjang 4 tahun Datuk Syed Ahmad Helmy Ahmad memegang jawatan pengerusi Lembaga Disiplin Peguam.

Syed Ahmad berkata kebanyakan peguam terbabit didapati berlaku tidak jujur dalam menjalankan tugas dan antaranya ialah penyelewengan wang anak guam dan menggandakan ia sebagai pinjaman wang untuk anak guam yang kekurangan wang.

Beliau yang menjawat jawatan itu sejak 2013, tamat perkhidmatan semalam. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, 16 peguam digantung, 579 didenda dan 119 diberi teguran.

Akta Profesion Perundangan (LPA) membenarkan lembaga itu untuk menggantung peguam yang bersalah sehingga 5 tahun dan mengenakan maksimum denda RM50,000.

Lembaga itu menolak 1,066 aduan kerana kurang merit dan menghentikan 20 kes selepas peguam terbabit meninggal dunia.

Sebanyak 295 kes lain ditarik balik dan dibatalkan selepas pengadu menarik balik aduan.

Syed Ahmad berkata tindakan salah laku lain termasuk mengetepikan kepentingan anak guam, melanggar peraturan LPA dan kegagalan memperbaharui sijil amalan guaman.

“Lembaga ini juga menggunakan kuasanya untuk mengarahkan peguam membayar balik wang kepada anak guam. Dalam sesetengah kes, jumlah kira-kira RM500,000,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata lembaga itu menggalakkan orang biasa untuk memohon bagi menyertai 2 profesional guaman dalam jawatankuasa disiplin.

“Lembaga berpendapat jawatankuasa yang hanya ada 2 peguam cenderung untuk menyebelahi individu yang didakwa atas kesalahan salah laku. Jadi, kami lantik orang biasa untuk bertindak sebagai periksa dan imbang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.