
Pengarah Imigresen Perlis Mohd Amir Othman memberitahu Bernama hari ini maklumat yang sedang viral itu tidak benar.
Orang ramai boleh menyeberang sempadan itu, iaitu di pintu masuk utama ke Thailand setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam.
Pintu masuk sempadan lain ialah di Wang Kelian, Perlis bermula 7 pagi hingga 7 malam, setiap hari.
Memetik sumber, Sin Chew Daily hari ini melaporkan Kabinet meluluskan pelaksanaan sempadan di Bukit Kayu Hitam di Kedah dibuka 24 jam.
“Paling lewat, ia akan bermula Julai ini,” kata sumber itu.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan ia benar atau tidak.
Ejen pelancongan tempatan yang ditemu bual akhbar harian berbahasa Cina itu berkata, dia ada mendengar khabar angin tentang operasi 24 jam itu sebelum ini.
“Ia sekadar khabar angin yang kita dengar setiap tahun,” katanya.