
Datuk Mohd Arshad Raji berkata ketidakmampuan kerajaan untuk mengekalkan integriti angkatan tentera memberi petanda jelas yang negara kini “bermasalah”.
“Dalam peperangan moden, pasukan tentera udara memainkan peranan penting. Bila penguasaan udara tewas, peperangan di barat jadi tidak bernilai.
“Tumpuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika waktu aman ialah berlatih untuk perang. Taktik dan teknik perang sangat dinamik. Sebarang inovasi atau penciptaan baharu dalam sistem senjata perlukan operasi taktik dan teknik baharu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata menambah baik dan memiliki aset baharu ialah asas untuk memastikan TUDM sentiasa maju berbanding pasukan tentera udara negara lain.
Katanya, sesebuah negara yang mempunyai aset tentera udara usang dan ketinggalan zaman akan terdedah kepada ancaman udara daripada musuh.
DefenseNews semalam melaporkan program perolehan terbesar untuk ATM kebanyakannya ditangguhkan.
Ia berkata ini bermakna pejuang, pelatih, helikopter dan pesawat rondaan maritim “yang sangat diperlukan” tidak akan dibeli TUDM dalam tempoh terdekat.
Dengan semakin banyak kes penculikan berlaku di Sabah dan Sarawak, TUDM baru-baru ini memindahkan skuadron pesawat serangan ringan BAE Hawk 108/208 ke Malaysia Timur.
Ramai yang bimbang dengan kesusutan sumber aset tentera, sedangkan ancaman semakin meningkat dengan keadaan tidak terkawal dari selatan Filipina dan pendirian agresif China berhubung isu pertikaian pulau di Laut China Selatan.
Kerajaan memperuntukkan RM15.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2017. Daripada jumlah itu, RM1.8 bilion untuk penyelenggaraan aset. DefenseNews menyatakan peruntukan 2017 mewakili penurunan 13% berbanding Bajet 2016.