Ejen tawar RM2 juta: Ketua SPRM menghadap Sultan Johor

Ejen tawar RM2 juta: Ketua SPRM menghadap Sultan Johor

Dzulkifli Ahmad tiba di sebuah lokasi di KL pada jam 8.30 pagi dan bersama Sultan Johor sehingga kira-kira 9.40 pagi.

dzulkifli
KUALA LUMPUR:
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai pendedahan orang tengah cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.

Perjumpaan itu berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara hari ini.

Dzulkifli tiba di lokasi berkenaan pada jam 8.30 pagi dan bersama Sultan Johor sehingga kira-kira 9.40 pagi, namun beliau enggan mengulas lanjut pertemuan itu ketika ditanya pemberita.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim meninggalkan kediaman baginda kira-kira 10.20 pagi dan enggan mengulas lanjut ketika ditanya media mengenai pertemuan itu.

Baginda hanya bertitah: “I am going shopping.”

Pada 25 Mac lepas, Sultan Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik ke Facebook bertitah baginda mahu SPRM menghadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.

Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada ketua setiausaha negara bagi mendapatkan gelaran “Tan Sri” daripada Yang di-Pertuan Agong.

Berambus – Sultan Johor beritahu ejen tawar RM2 juta beli ‘Tan Sri’

Sultan Johor dedah kepada SPRM nama ejen tawar RM2 juta esok

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.