Rabu pertama cara baharu, semua harga minyak turun

Rabu pertama cara baharu, semua harga minyak turun

Harga RON95 turun 17 sen, RON97 turun 19 sen dan diesel 9 sen

petrol-hike-1
PETALING JAYA:
Semua harga minyak bagi minggu 30 Mac-5 April turun, menurut laporan media.

Harga RON95 menjadi RM2.13; RON97 dijual pada RM2.41; dan diesel RM2.11 seliter mulai tengah malam.

Bandingkan harga terbaharu ini kepada RM2.30 bagi RON95, RM2.60 (RON97) dan RM.2.20 (diesel) selitar pada Mac.

Mulai hari ini, harga petrol, yang ditentukan oleh sistem apungan terurus, akan diumumkan secara mingguan setiap Rabu daripada secara bulanan.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dilaporkan berkata pada Isnin bahawa semua pengusaha stesen minyak boleh mengikut harga siling tetap di bawah sistem baharu, atau menawarkan harga lebih rendah selepas menerima kelulusan daripada kementerian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.