Laluan MRT Semantan-Kajang operasi Julai ini

Laluan MRT Semantan-Kajang operasi Julai ini

Mengikut perancangan MRT Corp, laluan fasa ke-2 dijangka dilancarkan Julai ini dan laluan dari Semantan ke Kajang akan dibuka.

mrt_600
PETALING JAYA:
Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa ke-2 dari Semantan ke Kajang sejauh 30 kilometer melibatkan 19 stesen dijangka beroperasi sepenuhnya Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata, ia adalah kesinambungan laluan fasa pertama dari Sungai Buloh ke Semantan yang beroperasi Disember tahun lepas.

“Mengikut perancangan MRT Corp, laluan fasa ke-2 dijangka dilancarkan Julai ini dan laluan dari Semantan ke Kajang akan dibuka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Rapid Rail di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ara Damansara di sini, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.