LNG Malaysia akan masuk pasaran selatan China

LNG Malaysia akan masuk pasaran selatan China

Perniagaan gas asli cecair akan meluaskan capaian ke wilayah selatan dan meningkat kuantiti pada pembeli sedia ada

lng-china
KUALA LUMPUR: Petroleum Nasional Bhd (Petronas) bakal mengembangkan perniagaan gas asli cecair (LNG) di China, meluaskan capaiannya ke wilayah selatan negara itu di samping merancang meningkatkan kuantiti bekalan kepada pembeli sedia adanya.

Naib Presiden LNG Marketing & Trading Ahmad Adly Alias, dalam satu kenyataan berkata sebuah pejabat perhubungan dibuka di Beijing untuk memudahkan pertumbuhan perniagaan LNG di negara itu.

“Petronas mempunyai hubungan perdagangan LNG yang erat dengan China dan prospek bagi pertumbuhan selanjutnya adalah tinggi.

“Sebagai penyedia penyelesaian LNG bersepadu, syarikat berkedudukan baik untuk menyediakan penyelesaian LNG jangka panjang yang inovatif dan terjamin bagi memenuhi permintaan tenaga bersih dari China,” katanya.

Perdagangan LNG pertama Petronas ke China pada 2006 dengan bekalan bagi tempoh 25 tahun kepada Shanghai LNG Co Ltd dan mengembangkan pasarannya di China dengan tambahan pelanggan LNG di selatan China.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.