
Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 29 tahun terbabit, lapor Utusan Online.
Lelaki tersebut ditahan pihak polis di rumahnya di Felda Lok Heng Barat dekat Kota Tinggi pada pukul 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, kata laporan itu.
Semalam, ibu pelajar terbabit, Felda Wani Ahmad berkata, anaknya terpaksa dipotong kedua belah kakinya yang dijangkiti kuman dan darah beku setelah didakwa sering dirotan pembantu warden asrama pusat tahfiz berkenaan.
Felda Wani berkata, anaknya, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi yang merupakan anak ke-3 daripada 5 beradik itu mendaftar masuk ke pusat tahfiz berkenaan pada 27 Januari lalu.
Beliau yang merupakan seorang guru di sekolah rendah di Kota Tinggi berkata masih menunggu laporan perubatan bagi mengetahui sama ada kejadian yang menimpa anaknya itu adalah kesan daripada hukuman rotan berkenaan.
Felda Wani dan keluarga yang tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang turut membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram pada 19 Mac lalu.
Ibu dakwa pelajar tahfiz dipotong kaki akibat dipukul pembantu warden