Kertas naik harga, perlu subsidi buku, kata DAP

Kertas naik harga, perlu subsidi buku, kata DAP

Kerajaan diminta beri subsidi pembelian buku jika kos kertas meningkat

 

BM_3
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa kerajaan mempertimbangkan subsidi pembelian buku jika kos kertas meningkat.

Beliau mengulas laporan Nanyang Siang Pau yang memetik pemborong dan syarikat pembekal alat tulis sebagai berkata harga kertas A4 dijangka naik.

Syarikat itu mengaitkan kenaikan ini dengan susut nilai ringgit dan kenaikan kos bahan mentah dan pengangkutan.

Bercakap kepada FMT, Santiago berkata harga semua saiz kertas mungkin naik dengan kenaikan harga A4, seterusnya menyebabkan harga buku meningkat.

“Bahan penerbitan seperti buku fiksyen dan bukan fiksyen penting dalam kehidupan sebuah negara atas pelbagai sebab.

“Jika kita bercita-cita menjadi negara cemerlang, maka kita perlukan bahan pendidikan.”
Santiago berkata ia langkah bijak untuk kerajaan menanggung sebahagian besar kenaikan harga jika buku menjadi lebih mahal.

“Ia merupakan pelaburan masa depan negara. Kerajaan perlu memastikan harga bahan bercetak kekal di bawah kawalan dan ia boleh dilakukan melalui inisiatif seperti menyediakan subsidi pembelian buku.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.