
Kewujudan kamera pengintip terdedah minggu lalu selepas cangkuk di salah sebuah bilik mandi terjatuh apabila seorang wanita muda cuba untuk menggantung tuala.
Dia adalah antara sekumpulan pelajar universiti yang terdiri daripada 23 wanita dan 8 lelaki tinggal di homestay tersebut.
Semasa pemeriksaan lebih dekat dibuat, pelajar terbabit berjaya mengesan mikrocip dan kamera lalu memberitahu rakan-rakannya yang turut mendapati alat yang sama di semua bilik mandi yang lain.
Mereka membuat laporan polis di Selayang dan ibu bapa salah seorang pelajar turut membangkitkan perkara itu kepada ketua jabatan perkhidmatan dan aduan awam MCA, Datuk Michael Chong.
Chong berkata, seorang juruteknik mengesahkan peranti tersebut adalah kamera pengintip.
“Polis sedang menyiasat kes itu dan pengendali homestay dan seorang pekerja asing juga disoal siasat,” kata Chong kepada The Star.
Katanya, kejadian itu bukan kali pertama kamera pengintip dijumpai di homestay, sambil menambah, terdapat 6 aduan telah dibuat kepadanya.
Chong juga memberi amaran kepada pengusaha homestay agar melakukan pemeriksaan di premis masing-masing bagi memastikan tiada kamera pengintip dipasang.