Reman 5 suspek berkait penemuan rangka bayi disambung 3 hari

Reman 5 suspek berkait penemuan rangka bayi disambung 3 hari

Lanjutan reman sehingga esok itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

suspek penemuan rangka bayi
Suspek dibawa ke Mahkamah Alor Gajah untuk proses tahanan reman. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Reman lima suspek yang ditahan berkait penemuan rangka bayi di hadapan sebuah rumah di Kelemak, Alor Gajah pada Rabu lepas, disambung tiga hari lagi bermula semalam.

Ketua Polis Alor Gajah Ahmad Abu Bakar berkata lanjutan reman sehingga esok itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran, lapor Bernama.

Khamis lepas, polis menahan seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu dan teman lelakinya susulan penemuan rangka bayi berkenaan.

Tiga ahli keluarga perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelakinya dengan semua mereka berusia antara 16 hingga 40 tahun turut ditahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Alor Gajah sebelum ini membenarkan semua suspek ditahan reman selama empat hari.

Media melaporkan rangka bayi ditemukan ditanam di depan sebuah rumah di Kelemak, dipercayai sejak kira-kira empat bulan lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.