Lelaki maut dipercayai dibunuh

Lelaki maut dipercayai dibunuh

Mangsa ditemukan terbaring berlumuran darah, dengan sebilah pisau di sisi.

raub selamat
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, umum siasatan ke atas kematian seorang lelaki dipercayai dibunuh. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Seorang juruteknik ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah pangsapuri, semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.12 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia kira-kira 10.50 malam (hari sama),” menurut kenyataan.

Raub berkata polis menemukan sebilah pisau di sisi mangsa, dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.