
Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol, berkata suspek yang kini sedang diburu telah disabitkan kesalahan itu dan dipenjarakan pada 2008.
“Semakan telah dilakukan, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dinyatakan dan telah menerima hukuman jenayah itu,” katanya kepada Bernama.
Semalam, Ramsay berkata suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan untuk membelanja pakej internet telefon bimbit jika membantu mengangkat barang di rumahnya.
Beliau berkata, remaja itu disyaki diliwat selepas kaki dan tangannya diikat sebelum mangsa dapat membuka ikatan dan menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik semasa ditinggalkan berseorangan di rumah itu.