Polis tahan lelaki libas pedang dalam tokong di Cameron Highlands

Polis tahan lelaki libas pedang dalam tokong di Cameron Highlands

Ketua Polis Cameron Highlands Azri Ramli berkata serangan itu menyebabkan seorang lelaki cedera.

handcuff
Ketua Polis Cameron Highlands Azri Ramli suspek berusia 39 tahun itu direman empat hari hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyerang dan mencederakan seorang individu menggunakan pedang di sebuah tokong di Cameron Highlands semalam.

Ketua Polis Cameron Highlands Azri Ramli berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut kira-kira 6 petang, lapor Bernama.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa lelaki berusia 31 tahun itu berada di tokong berkenaan bersama beberapa rakannya untuk mengadakan upacara keagamaan.

“Secara tiba-tiba suspek datang ke pekarangan tokong terbabit dengan membuat bising dan mengganggu pengunjung.

“Apabila diminta beredar suspek naik berang dan mengambil pedang yang berada di tokong lalu melibas ke arah mangsa,” katanya.

Azri berkata, mangsa yang cuba menahan tindakan suspek mengalami kecederaan pada tangan, dahi dan badan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata sebelum dirujuk ke Hospital Fatimah, Ipoh untuk rawatan lanjut,” katanya katanya.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah antaranya berkaitan kesalahan dadah.

Menurutnya, suspek direman empat hari hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.