Abang mengaku rogol adik dipenjara 18 tahun, 20 sebatan

Abang mengaku rogol adik dipenjara 18 tahun, 20 sebatan

Tertuduh berusia 29 tahun mengaku salah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk itu pada Disember 2025 dan 4 Mei lalu.

mahkamah pasir mas
Mahkamah Sesyen Pasir Mas memerintahkan tertuduh yang juga penganggur jalani kaunseling sepanjang pemenjaraan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Lelaki dipenjara 18 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas dua pertuduhan merogol adik kandung berusia 13 tahun, dalam kejadian di Tanah Merah, sejak tahun lalu.

Tertuduh berusia 29 tahun itu dijatuhi hukuman tersebut oleh Hakim Zulkpli Abdullah selepas penganggur berkenaan mengaku salah atas semua kesalahan.

Menurut Harian Metro, perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Tanah Merah pada 10 pagi dan 12.45 tengah malam pada Disember tahun lalu dan 4 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga minimum 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nailah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memohon ditempatkan di Penjara Mempaga, Pahang manakala Siti Aisyha Nailah pula memohon hukuman setimpal dikenakan mengambil kira faktor kepentingan awam selain memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat awam.

“Dalam kes ini tertuduh adalah abang sulung kepada mangsa dan sepatutnya melindungi mangsa, Namun sebaliknya berlaku apabila tertuduh pula merogol mangsa ketika mangsa baru berusia 13 tahun,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman 18 tahun penjara dan 20 sebatan bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Mei lalu.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh penjara dan perintah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh penjara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.