Pengasuh didakwa bunuh bayi di taska

Pengasuh didakwa bunuh bayi di taska

Tertuduh Balqish Mohammad Dzyhan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong, pada 5 Mei lalu.

baby bayi
Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyhan, 28, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska.
PETALING JAYA:
Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska, minggu lalu.

Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyhan, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad, menurut Sinar Harian.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong, pada 9.30 hingga 10.40 pagi, 5 Mei lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun.

Jika tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Timbalan Pendakwa Raya Ainul Athirah Jamalullail mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Suraj Singh.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 14 Julai depan untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa, Nur Syakirah Nor Azam Shah turut hadir pada prosiding itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.