
Tertuduh, Foon Choon Kheong, 53, hanya memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret S S Evangelin dan tiada pengakuan direkodkan, menurut Harian Metro.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Woo Chui Fun, 70, di No 40, Persiaran Pegoh Aman 2 Taman Desa Aman di sini antara 4.40 petang hingga 10 malam 4 Mei lalu.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun serta minimum 12 kali sebatan jika tidak dihukum mati.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Khesminkapil Dhanoa Singh.
Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan bagi tarikh sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.