Perairan P Pinang tiada minyak, kata exco

Perairan P Pinang tiada minyak, kata exco

Pakar industri petroleum tidak menunjukkan ada kawasan penemuan minyak di pantai barat Malaysia Barat, kata Chow Kon Yeow

penang
GEORGE TOWN: Tiada minyak dalam perairan P Pinang, kata exco kepada sidang dewan undangan negeri hari ini, selepas seorang Adun mencadangkan penebusgunaan tanah dihentikan dan bergantung kepada hasil daripada rizab minyak di perairan negeri.

Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata data daripada kajian industri petroleum mendapati tiada minyak ditemui di perairan Pulau Pinang.

Merujuk kepada “Peta Minyak & Gas – Malaysia” yang diterbitkan semasa konvensyen industri petroleum di Kuala Lumpur pada 2009, Chow berkata kebanyakan minyak ditemui di pantai timur Malaysia Barat.

Berdasarkan kepada laporan Badan Industri Minyak dan Gas Negara 2009 yang diterbitkan Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia, tiada minyak di perairan Pulau Pinang,” kata Chow semasa menggulung ucapan terima pada ucapan gabenor hari ini.

oilgas1

Pada Selasa, Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) mencadangkan usaha penebusgunaan sekitar Pulau Pinang dihentikan kerana kemungkinan rizab minyak dalam perairan negeri.

Teh percaya menyelidik perairan Pulau Pinang untuk mencari minyak suatu usaha yang berbaloi selepas rizab minyak yang luas ditemui di Sumatera utara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pulau Pinang merancang untuk menebusguna 3 pulau di selatan Pulau Pinang untuk membiayai rancangan pengangkutan induk bernilai RM47 bilion, yang akan melibatkan laluan transit, jalanraya, lebuhraya dan mod pengangkutan lain.

Teh merujuk kepada laporan sebuah agensi penyelidikan Indonesia yang melaporkan kawasan berpotensi minyak di luar pantai barat Banda Aceh.

oilgas

Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) Indonesia mendakwa rizab hidrokarbon menyamai kira-kira 107-320 bilion tong ditemui berhampiran Pulau Simeulue.

Ia dilaporkan Upstream, laman berita minyak dan gas dunia pada 2008.

Anggaran itu mengatasi rizab bersih pengekspot minyak Arab Saudi, yang terbukti mempunyai rizab menyamai 264.21 bilion tong.

Penemuan minyak di Aceh bagaimanapun masih di peringkat penerokaan.

BPPT menemui sumber hidrokarbon semasa menjalankan tinjauan 2-D bagi mengesan perubahan geologi dasar laut akibat daripada tsunami Lautan Hindi 2004.

Kajian itu dijalankan bersama Institut Geosains dan Sumber Asli Persekutuan Jerman.

Bagaimanapun, tiada lagi beritahu terbaharu mengenai rizab minyak itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.