Politik seiring penggabungan RHB-AmBank

Politik seiring penggabungan RHB-AmBank

Isu tradisi, seperti harga, menjadi penghalang terbesar kepada penggabungan ini.

ambank-rhbbank-merger
MUMBAI: Malaysia akhirnya akan dapat menyaksikan pembelian bank yang besar selepas pelbagai usaha menggabungkan institusi kewangan negara temui kegagalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber memberitahu Reuters RHB mahu membeli AmBank dalam urusniaga yang akan menggabungkan peminjam ke-4 dan ke-6 terbesar menjadi kumpulan bernilai AS$9 bilion (RM38.59 bilion).

Pemegang saham terbesar mungkin juga mengharapkan urusniaga ini.

Gabungan ini hanya separuh daripada saiz gabungan CIMB, RHB dan Malaysia Building Society Berhad yang gagal berlaku.

Gabungan saham dan tunai itu, yang sekiranya berlaku akan menjadi urus janji penggabungan dan pengambilalihan terbesar di negara ini, gagal dijayakan pada 2015 kerana struktur yang renyah dan kejatuhan harga minyak.

Belum jelas sama ada pemegang saham RHB, Aabar, dana berdaulat Abu Dhabi, menyokong pembelian itu.

Keadaan semasa nampak lebih memudahkan. Harga minyak mentah yang lebih tinggi umumnya berita baik untuk ekonomi pengeksport minyak.

Kedua-dua bank itu khususnya juga menjadi peminjam kepada syarikat minyak dan gas. Ini membantu keyakinan mengenai kualiti pinjaman.

Aabar dan pegangan 18% miliknya dalam RHB sebelum ini diserap Mubadala, dana berdaulat yang lebih besar dan diuruskan dengan lebih baik, selepas Aabar terlibat dalam skandal wang hilang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pemilik baharu tidak terlalu bimbang mengenai kerugian akibat harga tinggi yang dibayar Aabar untuk saham RHB pada 2011, dua kali dari paras semasa.

Sementara itu, pengasas dan pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim, 77, semakin menghampiri persaraan.

Tanpa pengganti yang jelas dalam keluarganya, dan hasrat untuk mengangkat bank itu ke kedudukan 4 bank teratas menjelang 2020, beliau mungkin sedia untuk menjual pegangannya yang hampir mencecah 13% ke dalam entiti yang lebih besar.

Urus janji itu juga akan memudahkan Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand yang memiliki 24% pegangan untuk keluar ketika ia sedang mengurangkan kehadirannya di luar negara.

Maka isu tradisi, seperti harga, menjadi penghalang terbesar kepada penggabungan ini.

Mengandaikan urus janji berlaku secara jelas dan mudah, berdasarkan nilai tidak terganggu pada 29 Mei, RHB akan mewakili 58% daripada entiti itu oleh permodalan pasaran sebelum sebarang premium.

RHB, bagaimanapun, mungkin terpaksa menjual sebahagian sahamnya untuk menguasai pesaingnya yang lebih kecil dan lebih sihat daripadanya. Penantian panjang untuk penyatuan bank di Malaysia mungkin berakhir.

Sumber berkata, bank terbabit mungkin akan mengumumkan mereka mendapat persetujuan dari bank pusat untuk meneruskan rundingan penggabungan itu seawal 1 Jun.

RHB, bank ke-4 terbesar di negara ini, akan menjadi pembeli, menurut sumber, yang menambah struktur pegangan saham masih sedang diusahakan.

AmBank merupakan bank ke-6 terbesar. Ia mempunyai pemodalan pasaran RM15.7 bilion dan pengambilalihan penuh oleh RHB mungkin antara urus janji terbesar di Malaysia sejak tahun kebelakangan ini.

Dagangan saham di RHB dan AmBank digantung pada 1 Jun, “sementara menunggu pengumuman”.

AmBank enggan mengulas. Jurucakap RHB berkata mereka akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.