
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati van tersebut tidak dipandu oleh pemandu asal yang ditugaskan oleh maahad tersebut.
Kata beliau, terdapat 2 kenyataan kontra mengenai lesen memandu selepas pengasas maahad terbabit menyatakan pemandu van tersebut mempunyai lesen.
“Hasil siasatan polis mendapati semasa kejadian, van ini dipandu oleh pemandu lain dan bukannya pemandu asal yang mempunyai lesen,” kata beliau dipetik Utusan Online hari ini.
Menurut Din, semasa kejadian pemandu asal berada di sebelah pemandu.
Laporan media semalam menyebut pemandu van membawa pelajar Mahad Tahfiz Al Hashimi yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu kelmarin didapati tidak mempunyai lesen memandu.
Semalam, Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim menafikan dakwaan pemandu van yang membawa pelajar yang terbabit tidak mempunyai lesen memandu.
Beliau berkata, pihaknya cukup menitikberatkan soal peraturan dan sama sekali tidak akan membiarkan mereka yang tidak mempunyai lesen memandu.
Bagaimanapun beliau memberitahu, salah seorang daripada guru pengiring pelajar tersebut tidak mempunyai lesen memandu.
“Memang dalam 2 guru pengiring tersebut salah seorangnya tidak ada lesen, tetapi yang memandu pada hari itu mempunyai lesen,” kata beliau.
Nahas van: Maahad Tahfiz Al-Hashimi nafi pemandu tiada lesen