Trump membisu selepas serangan ke atas umat Islam

Trump membisu selepas serangan ke atas umat Islam

Presiden AS itu diam seribu bahasa dalam Twitter walaupun sebelum ini aktif mengutuk serangan pengganas.

trump-saudi
Donald Trump ketika disambut mesra Raja Arab Saudi, Salman Abd Aziz. Presiden AS itu tiada komen mengenai serangan di sebuah masjid di London.
PETALING JAYA:
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump seorang yang aktif dalam Twitter, dan tidak serik memberikan komen sepintas lalu tanpa menghiraukan implikasinya.

Tetapi semalam, beliau diam seribu bahasa, dan tidak ada satu pun respons mengenai serangan ke atas sebuah masjid di utara London, di samping satu lagi serangan yang berkait anti-Islam di sebuah masjid di Virginia yang berakhir dengan kematian seorang remaja perempuan.

Ia berlainan dengan tabiat harian Trump, yang memecah kesunyian beberapa bahagian lain dunia yang masih terlena tidur menerusi kiriman Twitter dan ulasannya mengenai peristiwa yang berlaku di negara lain.

Satu ciri utama dalam ulasan Trump ialah menjaja dasar kontroversinya setiap kali berlaku serangan keganasan melibatkan umat Islam.

Beliau pernah mentwitkan komen mengenai serangan pengganas di Perancis, Belgium, Britain dan Jerman. Begitu juga twitnya merujuk pembunuhan beramai-ramai di Sweden (yang tidak pernah berlaku).

Pada 4 Jun, apabila sekumpulan lelaki menyerang orang ramai di kota London, Trump tidak henti-henti mengulas di Twitter.

tweet1
tweet2
tweet3
tweet4
tweet5

Semalam, ketika media antarabangsa kecoh mengenai serangan di sebuah masjid di London, ini reaksi Trump.

Mengulas mengenainya, penulis dan aktivis hak asasi Amerika Syarikat, Shaun King berkata ia menandakan sikap Trump yang tidak kisah dengan jenayah yang dilakukan orang kulit putih.

“Tidak ada apa-apa daripada Trump,” kata King dipetik akhbar The Independent, memberi respon kepada ucapan takziah Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

“Dia (Trump) tidak kisah sekiranya orang kulit putih yang membunuh, lebih-lebih lagi kalau bunuh umat Islam.”

Bagaimanapun, adakalanya air cincang juga akan putus. Ini terbukti dengan rasa simpati yang ditunjukkan anak Trump, Ivanka.

“Mendoakan kesejahteraan kepada mangsa #FinsburyPark London. Kita mesti bersatu menentang kebencian dan ekstremise dalam sebarang bentuk,” kirim Ivanka di Twitter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.