
Beribu penyokong parti Sharif berkumpul di ibu negeri untuk menyertai penentangan itu, dan mendirikan khemah di sepanjang jalan yang dijangka dilalui Sharif.
“Nawaz Sharif masih perdana menteri kami,” kata seorang pekerja Niaz Ahmad, yang memakai kostum menyerupai singa, menyorak, “Singa, singa!”, merujuk kepada simbol parti politik Sharif.
Perdana Menteri Shahid Khaqan Abbasi, kabinet baharu dan pegawai parti mengucap selamat tinggal kepada Sharif di Islamabad, kata penasihat politik Sharif.
“Kami betul-betul tidak pasti berapa lama akan diambil, berapa hari, kami langsung tidak tahu,” beritahu Kirmani kepada wartawan. Dia berkata sejumlah besar orang menunggu Sharif di sepanjang jalan Grand Trunk yang menghubungkan Islamabad dan Lahore. Jauh 2 bandar tersebut lebih kurang 380 km (237 batu).
Sharif, 67, meletakkan jawatannya pada penggal ketiga sebagai perdana menteri selepas Mahkamah Agung pada 28 Julai memutuskan beliau harus dipecat. Mahkaah juga memerintahkan siasatan jenayah ke atas keluarga Sharif berhubung dakwaan yang berpunca daripada kebocoran maklumat “Panama Papers” mengenai syarikat luar pesisir antarabangsa.
Dalam perjumpaan dengan pemimpin parti, peguam dan media, beliau menzahirkan rasa tidak senang hatinya terhadap keputusan mahkamah.
Dia berkata tiada penyelewengan dibuktikan, dan tidak adil memecatnya atas dasar tidak mengisytiharkan gaji daripada syarikat anak lelakinya di Dubai dalam senarai aset yang diserahkan menuju pilihan raya 2013 yang dimenanginya.
Parti Sharif, Liga Nawaz Muslim Pakistan (PML-N), yang mempunyai majority padu di parlimen memilih pembantu rapatnya Abbasi sebagai pengganti dalam masa 4 hari.
Pemimpin parti baru-baru ini mencadangkan Abbasi dijangka memegang jawatan sehingga pilihan raya tahun depan, bertentangan dengan petunjuk awal jawatan itu akan diambil alih adik lelaki Sharif, Shahbaz.
Shahbaz kini mungkin menggantikan abangnya sebagai pengerusi parti, sejak abangnya sudah tidak layak untuk mengetuai parti politik di bawah undang-undang Pakistan yang melarang sesiapa yang disabit bersalah atau dilucut kelayakan daripada jawatan seperti itu.