
Tiga pengarah itu, Datuk Nik Azman Mohd Zain, Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Nur Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid datang ke ibu pejabat SPRM secara berasingan.
Hari ini menandakan kali ke-3 Nik Azman dipanggil untuk membantu siasatan kes ini.
Nur Ehsanuddin, yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi, mendakwa SPRM hanya menanya “beberapa soalan” berhubung pembelian hotel mewah di London.
FIC dikatakan memperoleh sebuah hotel bertaraf 4 bintang antara 2013 dan 2015 di Kensington, London pada harga RM330 juta, yang pada masa itu ia dipercayai lebih daripada nilai sebenarnya RM110 juta.
Agensi anti-rasuah juga memulakan siasatan ke atas pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak berikutan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika memeriksa pembelian hotel di London oleh FIC.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki sebelum ini berkata 9 individu ditahan dan lebih daripada 30 saksi dipanggil untuk disoal berhubung pembelian 2 hotel itu.