
SJK (T) Ladang Shanghai di Seremban memberitahu FMT, tidak wujud arahan sedemikian daripada pihak berkuasa, sambil menambah patung Thiruvalluvar, tokoh sasterwan sebelum Masihi, dialihkan bagi dicat semula.
“Kami menutup patung itu kerana kami baru saja mengecatnya. Kami mahu melindunginya kerana kami sedang membina pentas untuk acara hari ini,” kata jurucakap sekolah yang enggan namanya disebut.
Beliau turut menunjukkan gambar patung Thiruvalluvar yang sudah dicat, penyair kesusasteraan Tamil, Thirukkural.
“Kami tidak menutup patung tersebut. Kami berharap orang ramai tidak akan menyebarkan berita palsu mengenai perkara itu.”

Seorang pemimpin Pemuda PKR Negeri Sembilan sebelum ini mendakwa sekolah itu diarahkan untuk mengeluarkan patung itu.
Gambar yang dimuat naik di media sosial juga menunjukkan imej patung Thiruvalluvar di bawah tajuk “sebelum” dan “selepas”.