
Hakim Mohammad Khalid Ab Karim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azizi Firdaus Abu Samah, 25, yang masih bujang selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Azizi Firdaus yang berasal dari Kota Tinggi didakwa merangsang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau di sebuah rumah di Taman Muhibah Saleng, dekat Kulai, kira-kira 12 tengah hari, Jun lepas.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun di Medan Selera Penjaja, Bandar Putra dekat Kulai, kira-kira 10.00 malam, 21 Jun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin memohon mahkamah menetapkan hukuman setimpal demi kepentingan awam.
Mohammad Khalid menetapkan Mohd Azizi Firdaus dikenakan hukuman penjara 4 tahun dan 2 sebatan bagi pertuduhan pertama manakala 6 tahun penjara dan 2 sebatan bagi pertuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman itu berjalan berasingan mulai tarikh tangkapan iaitu 22 September lepas.
Hakim turut menasihati tertuduh yang tidak mengenali keluarga kedua-dua mangsa supaya memohon maaf kepada mereka.