Deepavali disambut sederhana, kenaikan harga paksa bajet dikurangkan

Deepavali disambut sederhana, kenaikan harga paksa bajet dikurangkan

Kenaikan harga barang menyebabkan pengguna terpaksa mengurangkan perbelanjaan ketika menyambut ketibaan Deepavali dengan jumlah baju raya dikurangkan dan kuih-muih dibuat sendiri.

sambutan-deepavali-malaysia-2017
PETALING JAYA: Perayaan Deepavali tahun ini diraikan secara sederhana susulan kenaikan harga barang yang memaksa penganut Hindu, Sikh dan Jainisme berjimat cermat.
Gopal Perumal berkata, kenaikan harga barang menyebabkan beliau tidak mengadakan rumah terbuka tahun ini.
Gopal Perumal berkata, kenaikan harga barang menyebabkan beliau tidak mengadakan rumah terbuka tahun ini.

Gopal Perumal, 53, berkata kebanyakan orang kini lebih sederhana dalam perbelanjaan seharian, termasuk ketika menyambut perayaan disebabkan kenaikan kos sara hidup.

“Jika dulu boleh beli pakaian untuk anak-anak, isteri dan saya dalam 10 atau lebih, tahun ini saya beli untuk isteri 2 pasang, saya 1 pasang dan anak-anak.

“Kuih pula banyak buat sendiri dan tahun ini tidak jemput kawan datang rumah makan-makan,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Petaling Jaya.

Pensyarah di sebuah kolej swasta itu berkata, peniaga yang beliau temui turut mengeluh perniagaan sepanjang perayaan tahun ini merosot berbanding dahulu.

“Ini salah satu tanda menunjukkan perayaan Deepavali disambut secara sederhana sebab kuasa beli dan berbelanja sudah kurang,” katanya.

Rageswary Govindasamy berkata, bajet yang diperuntukkan untuk makanan meningkat daripada RM200 hingga RM250 kepada lebih RM300 untuk sambutan Deepavali tahun ini.
Rageswary Govindasamy berkata, bajet yang diperuntukkan untuk makanan meningkat daripada RM200 hingga RM250 kepada lebih RM300 untuk sambutan Deepavali tahun ini.

Rageswary Govindasamy, 38, berkata kenaikan harga barang seperti baju raya menyebabkan bajet untuk persiapan Deepavali berkurangan.

“Tahun lepas dengan tahun ini beza, dulu harga tak berapa mahal, sekarang mahal. Dulu bajet makanan untuk sambut perayaan RM200-RM250. Sekarang lebih RM300.

“Tahun lalu baju raya (sari) beli 3 pasang. Tahun ini 1 pasang sahaja. Kuih buat sendiri sebab harga beli 1 balang muruku pun sudah naik RM3 hingga RM4,” katanya penjaga kedai itu ketika ditemui di PPR Lembah Subang 1.

Umhadavi Muniandy berkata, harga kuih-muih yang mahal memaksa beliau membuatnya sendiri.
Umhadavi Muniandy berkata, harga kuih-muih yang mahal memaksa beliau membuatnya sendiri.

Keadaan sama dihadapi Umhadavi Muniandy, 49, yang terpaksa berjimat cermat untuk menyambut ketibaan Deepavali, termasuk membuat kuih raya sendiri.

“Barang mahal memang terasa. Selalu beli 2, 3 pasang, tahun ini sepasang sahaja. Dulu sari RM150 sehelai, tetapi sekarang hampir RM220. Walaupun suami isteri kerja, terasa juga.

“Kuih-muih buat sendiri sebab harga kuih pun mahal. Kami pilih buat sendiri sebab harga mahal dan rasa lebih sedap,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.