Kanak-kanak licik menyelinap masuk pesawat tanpa tiket

Kanak-kanak licik menyelinap masuk pesawat tanpa tiket

Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun itu seolah-olah merancang dengan baik apabila pada awalnya cuba mengekori krew ke arah pesawat sebelum berpatah balik dan berpura-pura mencari ibu bapanya.

kid
fmt-ohsem-inside-article1Awasi anak anda, kerana mereka boleh terlepas dari pandangan dan menghilangkan diri dengan mudah.

Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dengan mudah dan tanpa disedari sesiapa berjaya meloloskan diri dengan mengambil tren, sampai di lapangan terbang dan lebih mengejutkan dia berjaya menaiki pesawat.

Namun kanak-kanak itu berjaya ditemukan ketika pesawat yang hampir berlepas ke Perancis dihentikan.

Kejadian berlaku pada 29 Oktober lalu di lapangan terbang Geneva.

Kanak-kanak itu lari dari ibu bapanya ketika berada di stesen kereta api Geneva dan menaiki kereta api ke lapangan terbang.

Menyedari kehilangan anak, ibu bapanya menghubungi polis Switzerland yang berjaya mengesan keberadaannya menerusi rakaman kamera litar keselamatan, ujar jurucakap lapangan terbang, Bertrand Staempfli.

Kanak-kanak itu melepasi pintu keselamatan dengan berselindung dalam himpunan orang dewasa sekaligus melepasi pintu pelepasan tanpa disedari pegawai.

Akhirnya dia juga mencuri masuk ke dalam pesawat.

Agak licik juga kanak-kanak ini kerana dia seolah-olah merancang dengan baik apabila pada awalnya cuba mengekori krew ke arah pesawat sebelum berpatah balik dan berpura-pura mencari ibu bapanya.

Dalam percubaan seterusnya, dia berjaya mencuri masuk sehinggalah kehadirannya disedari oleh pihak berkuasa.

Kesian, dia ditahan dan diserahkan kepada polis dan pihak lapangan terbang juga akui kesal dengan apa yang berlaku.

Licik sungguh budak-budak zaman sekarang!

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.