Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

Zainudin meninggal dunia akibat sakit sebelum ini iaitu ketumbuhan dalam kepala yang telah pun dibuang tahun lepas, kata Umno Negeri Sembilan.

Datuk-Zainudin-Ismail
SEREMBAN:
Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainudin Ismail, 57, meninggal dunia di kediamannya di Villa Puteri Condo di Kuala Lumpur pada 7.30 malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Umno Negeri Sembilan, yang juga Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.

“Arwah meninggal dunia akibat sakitnya sebelum ini iaitu ketumbuhan dalam kepalanya yang sebelum ini telah pun dibuang pada tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jalaluddin, yang dalam perjalanan ke kediaman arwah, berkata Zainudin meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.

Zainudin pada 13 Mei tahun lepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Beliau sebelum itu di hantar ke Hospital Jelebu apabila tidak sedarkan diri pada 12.00 tengah hari, hari yang sama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Zainudin menang dengan majoriti 7,101 undi menewaskan Raj Munni Sabu daripada PAS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.