Sultan Johor miliki 15.52% pegangan dalam 7-11

Sultan Johor miliki 15.52% pegangan dalam 7-11

Sultan Ibrahim meningkatkan pegangan daripada 8.44%, kepada sejumlah 172.37 juta saham dan kekal sebagai pemegang saham individu kedua terbesar.

sultan-ibrahim-73
KUALA LUMPUR:
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan hari ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, meningkatkan lagi pegangannya dalam syarikat itu kepada 15.52% mewakili sejumlah 172.37 juta saham daripada 8.44% yang dipegang pada Ogos 2017.

Sultan Ibrahim kekal sebagai pemegang saham individu kedua terbesar.

Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, berkata beliau amat gembira Sultan Ibrahim terus meningkatkan pegangan dalam 7-Eleven Malaysia, menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

“Ini mencerminkan keyakinan berterusan Sultan Ibrahim terhadap keupayaan, prestasi dan potensi perniagaan 7-Eleven Malaysia.

“7-Eleven Malaysia mencatatkan pendapatan belum diaudit sebanyak RM1.64 bilion dengan keuntungan sebelum cukai RM43.94 juta bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 Sept, 2017,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.