Kerjasama kunci kejayaan BN, kata Musa Aman

Kerjasama kunci kejayaan BN, kata Musa Aman

Rekod kejayaan BN mentadbir negara harus diterjemahkan kepada rakyat bagi menjamin kemenangan.

musa-aman-bn-flags-logo
KUALA LUMPUR: Kerjasama erat antara rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN) mampu menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Ketua Menteri Sabah.

Datuk Seri Musa Aman berkata, rekod kejayaan BN mentadbir negara harus diterjemahkan kepada rakyat dalam menjamin kemenangan.

“Bekerjasama seluruh jentera parti bersama rakan dalam BN, dengan iltizam dan keikhlasan kita, kita akan menempuh kejayaan besar.

“Kita ada ‘track record’ terbaik. Pencapaian kita selama ini bela rakyat segala lapisan harus kita terjemahkan kepada rakyat dan jelaskan dengan adanya kita sentiasa turun padang berjumpa rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Beliau berkata penjelasan dan penerangan berkenaan kejayaan BN harus diberikan kepada rakyat, dan dasar yang dipernalkan membawa manfaat kepada rakyat.

“Kita terus berwaspada dengan anasir pembangkang yang suka berbohong dan memfitnah. Ini yang ditekankan presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

“Selepas menghadiri perhimpunan agung Umno kita balik ke kawasan masing dan jagalah kawasan kita,” katanya lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.