Murid 12 tahun antara 11 pelajar ditahan positif dadah

Murid 12 tahun antara 11 pelajar ditahan positif dadah

Semua 100 penagih dadah berusia 12 hingga 72 tahun itu dihantar ke Pusat Tahanan Reman AADK Kampung Selamat untuk direman 7 hingga 14 hari bagi siasatan lanjut.

dadah-pelajar
GEORGE TOWN: Murid 12 tahun antara 100 penagih dadah ditahan dalam Ops Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang bermula Jumaat hingga semalam.

Seramai 11 pelajar sekolah ditahan dalam operasi itu, kata Ketua Penguatkuasa AADK Pulau Pinang, Nasruddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, seramai 120 orang diperiksa dan 100 daripadanya termasuk 3 wanita ditahan kerana positif pelbagai jenis dadah.

“Apa yang paling menyedihkan, dalam operasi itu kami turut menahan 11 pelajar sekolah, termasuk paling muda berusia 12 tahun, iaitu murid tahun 6,” katanya hari ini.

Katanya, 2 daripada 100 penagih dadah yang ditahan itu memiliki syabu serta heroin dan mereka diserahkan kepada polis kerana turut didapati mengedar dadah.

Semua 100 penagih dadah berusia 12 hingga 72 tahun itu dihantar ke Pusat Tahanan Reman AADK Kampung Selamat untuk direman 7 hingga 14 hari bagi siasatan lanjut.

“Operasi bersepadu dengan kerjasama polis dan Agensi Pertahanan Awam itu akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.