Sabah kekal milik Malaysia, kata Musa Aman

musa-aman-sabaj2KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah secara jelas dan tegas menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

“Saya telah tetapkan pendirian kami tentang perkara ini sebelumnya. Kini, izinkan saya menyatakan dengan jelas sekali lagi kami tidak mengiktiraf atau memperakukan sebarang tuntutan Filipina atau mana-mana negara lain ke atas Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Membalas kenyataan seorang ahli Jawatankuasa Perundingan Sabah baru-baru ini tentang cadangan memasukkan Sabah ke dalam wilayah Filipina, Musa berkata, Sabah memilih terus menjadi sebahagian daripada negara berdaulat ini sejak negeri ini menjadi pihak kepada pembentukannya.

“Rakyat di Sabah memilih untuk berada dalam negeri ini kerana ia berada dalam Malaysia.

“Kami menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dengan berada dalam Malaysia,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr yang dilantik untuk mengkaji semula Perlembagaan 1987 Filipina, berkata beliau akan mencadangkan kemasukan Sabah dalam Filipina sebagai sebahagian langkah peralihan negara itu kepada sistem kerajaan persekutuan.

Anifah: Malaysia tak layan sebarang tuntutan terhadap Sabah