Orang Asli dirikan sekatan halang pembalakan Gua Musang

orangasli_gambar1PETALING JAYA: Seramai 800 Orang Asli mendirikan sekatan di Gua Musang bagi menghalang lori keluar masuk di kawasan itu dan membantah aktiviti pembalakan dan perlombongan yang meluas.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli di Kelantan, Mustafa Along berkata mereka tiada pilihan lain kecuali mendirikan sekatan.

“Kami bergantung hidup pada hutan untuk kehidupan kami. Tetapi kehidupan kami terjejas oleh kerana pembalakan meluas oleh syarikat-syarikat swasta.

“Kami sangat bergantung pada hutan untuk upacara kami tetapi kerana pembalakan meluas, kawasan hutan semakin mengecil,” katanya kepada FMT.

Beliau memaklumkan sekatan bermula pagi tadi dan mereka akan terus menghalang jalan raya itu sehingga kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS campur tangan.

“Apa lagi yang boleh kami lakukan? Kami sudah menghantar surat bantahan dan memorandum kepada kerajaan negeri sejak 2010,” tambahnya.

Sekatan itu didirkan di 3 kawasan iaitu Chawas, Tohoi dan Kuala Wok.

orang-asli

Beliau berkata ada pembalakan dan penanaman getah secara meluas di Chawas, sementara di Tohoi pula penanaman pokok durian Musang King dan pembalakan.

Di Kuala Wok, syarikat-syarikat menjalankan pembalakan, penanaman pokok kelapa sawit dan perlombongan emas, katanya.

“Kami merayu kerajaan supaya tidak menjalankan pembalakang. Terlalu banyak pembalakan sekarang ini. Ini menjejaskan kehidupan kami. Kami dari tradisi yang bergantung pada hutan,” katanya.

Mustafa mendakwa kerajaan negeri memberitahu mereka bahawa kawasan hutan masih lebih daripada cukup tetapi beliau berkata kebanyakan hutan itu termasuk penanaman pokok getah dan kelapa sawit.

“Tidak banyak ekosistem yang tinggal.”