Nazri: Rais, Rafidah komen isu kapal mewah kerana dendam

nazri-fmt-1

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz hari menghentam 2 bekas menteri atas kritikan terhadap kerajaan dalam isu sitaan sebuah kapal mewah yang dikaitkan dengan siasatan kerajaan Amerika Syarikat ke atas 1MDB.

Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim kecewa tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya akan datang, dan menuduh mereka berdendam terhadap Umno.

“Memandangkan pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi dan jelas mereka sangat kecewa.

“Ia bukan mudah jika digugurkan selepas menjadi menteri selama lebih 10 tahun. Anda akan membawa dendam itu walaupun anda digugurkan pada pilihan raya lepas.

“Oleh itu, jelas mereka masih terus berdendam terhadap kepimpinan yang ada sekarang, jadi biarlah mereka mengkritik,” katanya selepas menghadiri satu majlis menandatangani memorandum persefahaman hari ini.

Rais baru-baru ini mengkritik Menteri Komunikasi dan Multimedia Datu Seri Salleh Said Keruak tentang kenyataan yang menyusuli sitaan kapal “Equanimity” oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali bulan lepas.

Kapal mewah itu didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho. Salleh mempertikaikan dakwaan itu dan berkata tidak bukti menunjukkan Low pemilik “Equanimity”.

Sehari selepas kapal mewah itu disita, Rafidah di Facebook mendakwa dia berjaya mengesan lokasi kapal mewah itu di perairan Phuket, Thailand tahun lepas.

“Saya mengemudi bot pengajar saya ke kedudukan Equanimity di laut dan saya mengambil gambar dan video Equanimity dari jarak dekat, termasuk bot sokongan (tender) kapal itu di marina di Phuket kemudiannya malam itu,” katanya.

Kenapa Salleh beria-ia pertahan Jho Low, kata Rais Yatim