Suhakam: Tolak ahli politik guna isu kaum pancing undi

Suhakam: Tolak ahli politik guna isu kaum pancing undi

Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph, berkata sudah tiba masa rakyat menolak ahli politik yang bergantung kepada isu perkauman dan agama untuk menang.

Free Malaysia Today
Jerald Joseph dari Suhakam berkata, kerosakan daripada kenyataan sedemikian mengambil masa lama untuk pulih.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa rakyat menolak ahli politik yang membuat kenyataan berbaur perkauman ketika kempen pilihan raya.

Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph, berkata sudah tiba masa untuk memberi mesej jelas kepada ahli politik sedemikian supaya tidak menggunakan kenyataan berbaur perkauman untuk memancing undi.

“Apabila ahli politik membuat ucapan kempen, ‘boo’ mereka jika mereka mempersendakan mana-mana komuniti atau mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.

“Sudah tiba masa rakyat Malaysia menolak mereka yang bergantung kepada kaum dan agama (untuk menang),” katanya pada forum “Membasmi Diskriminasi Perkauman di Malaysia” hari ini.

Forum itu dianjurkan Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu demokrasi dan kesaksamaan.

Joseph berkata, ahli politik harus menggelar orang ramai sebagai rakyat Malaysia dan memperjuangkan idea yang membentuk perpaduan.

“Kami harap dapat melahirkan calon beretika. Kami tidak mahu ahli politik menetapkan duluan berbahaya.”

Katanya, pada kempen pilihan raya umum akan datang, calon akan cuba mengatasi lawan dengan menjatuhkan mereka.

“Kerosakan yang dicipta (daripada ucapan sedemikian) mengenai hubungan kaum dan pemahaman agama mengambil masa lama untuk pulih.”

Laporan: ‘Islam sahaja’, ‘Cina sahaja’ petunjuk perkauman meningkat

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.