Salahuddin antara calon PRU14 Amanah di Johor

Salahuddin antara calon PRU14 Amanah di Johor

Parlimen Pulai mempertaruhkan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang turut bertanding untuk DUN Simpang Jeram.

Free Malaysia Today
Gambar Facebook
BATU PAHAT:
Parti Amanah secara rasmi hari ini mengumumkan 13 nama calon yang akan bertanding di Johor merangkumi 2 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya umum 14 (PRU14).

Pengerusi Amanah Negeri Aminolhuda Hassan berkata daripada 13 kerusi berkenaan terdapat 2 calon wanita yang bakal bertanding.

Kedua calon itu ialah Ketua Wanita Muda Amanah Nasionalis Anis Afida Mohd Azli untuk kerusi Parlimen Parit Sulong dan Ketua Wanita Amanah Johor Norhayati Bachok bagi kerusi DUN Maharani.

“Satu lagi kerusi Parlimen iaitu Parlimen Pulai mempertaruhkan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang turut bertanding untuk DUN Simpang Jeram,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, beliau akan mempertahankan kerusi DUN Parit Yaani manakala Setiausaha Amanah Johor Ir Khairuddin A Rahim akan bertanding DUN Senggarang.

Turut dicalonkan adalah Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad bagi kerusi DUN Kota Iskandar manakala Naib Pengerusi Amanah Johor Dr Sulaiman Mohd Nor di kerusi DUN Kemelah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.