
“Demi mendapatkan undi orang Melayu, DAP kini sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun suatu ketika dahulu mereka (DAP) cukup benci kedua-dua pemimpin berkenaan,” katanya ketika ceramah umum malam tadi.
Beliau menasihati pengundi Melayu supaya tidak terpedaya dengan janji DAP kerana sikap hipokrit parti itu hanya berubah semata-mata untuk mendapatkan undi mereka.
Katanya, sikap hipokrit DAP semakin terserlah setelah dua penggal diberikan peluang untuk memerintah negeri ini dengan slogan kerajaan negeri Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan juga tidak dipraktikkan apabila mereka gagal menjawab pelbagai persoalan yang melibatkan kepentingan rakyat.
“Contohnya, dalam kontroversi projek terowong dasar laut, MCA mengemukakan banyak persoalan namun Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mahu menjawabnya,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari pengundian bagi pilihan raya umum ke14 (PRU14) manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal 5 Mei.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14