83% pengundi awal laksana tanggungjawab

83% pengundi awal laksana tanggungjawab

Daripada 278,590 pengundi awal tersebut, 118,913 adalah anggota polis dan 159,677 anggota tentera serta pasangan.

PUTRAJAYA: Sebanyak 83% daripada 278,590 anggota keselamatan dan pasangan mereka keluar mengundi bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di seluruh negara, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, semua 586 pusat pengundian awal melibatkan 910 saluran mengundi ditutup sepenuhnya 7 malam tadi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan semalam berkata, terdapat 300,255 pengundi awal berdaftar bagi PRU14 dengan baki 21,665 lagi ialah pengundi pos.

Daripada 278,590 pengundi awal tersebut, 118,913 adalah polis dan 159,677 anggota tentera serta pasangan.

Hashim berkata, kertas undi awal tidak dikira di tempat mengundi hari ini, sebaliknya akan disimpan di tempat selamat, iaitu lokap balai polis. Kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian pada 9 Mei, bermula 4 petang.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.