
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan kakitangannya akan bekerja sepanjang masa untuk memastikan bekalan eletrik stabil dan berterusan semasa proses pilihan raya dan bilik gerakan khas pilihan raya di setiap negeri.
Menteri Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata kementerian melaksanakan persiapan rapi bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar tanpa insiden gangguan bekalan elektrik.
“Sebagai sebahagian daripada pelan sokongan, TNB telah menyediakan 189 set penjana mudah alih dengan kos RM6.1 juta yang akan ditempatkan di semua pusat penamaan calon, pengundian dan pengiraan undi.
“Ini merupakan pelan operasi standard yang disediakan untuk mengawal insiden-insiden yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan.