
Kejadian pada 8.00 malam itu berlaku apabila sekumpulan individu cuba menghalang sebuah kereta Proton Exora memasuki kawasan dewan berkenaan kerana mendakwa kenderaan tersebut membawa peti undi hantu.
Mereka yang berada berdekatan lokasi tersebut cuba menghalang dan merampas kunci kenderaan tersebut yang dinaiki 2 lelaki, termasuk seorang Ketua Tempat Mengundi (KTM).
Bagaimanapun situasi sedikit tegang itu berjaya dikawal oleh anggota polis yang bertugas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Mohd Taib Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.
“Anggota polis bersama ejen tempat mengundi dan mengira undi (PACA) mengiringi peti undi tersebut sehingga masuk ke tempat pengiraan,” katanya.