
Antara pemimpin yang hadir ialah Pengerusi PH negeri, Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nor Manuty.
Kenderaan yang membawa semua pemimpin berkenaan memasuki perkarangan Istana kira-kira 3.20 petang tadi.
Difahamkan, pertemuan itu untuk membincangkan perkara berkaitan penubuhan kerajaan negeri selepas tiada mana-mana parti bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mendapat majoriti mudah, iaitu 30 kerusi negeri.
Pada PRU14 Rabu lepas, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah berjaya memenangi 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri, sementara Barisan Nasional (27) dan PAS (3).