
Lim berkata tumpuan utama beliau adalah membantu rakyat Malaysia dan memastikan hak mereka, peluang pekerjaan dan perniagaan dilindungi.
https://www.youtube.com/watch?v=rynuI9GLLyw&feature=youtu.be
“Itu akan menjadi pertimbangan utama. Tumpuan masih kepada membantu mereka yang mendapati amat sukar untuk menyara hidup dan bagaimana untuk menjadikan kehidupan mereka lebih mudah,” katanya selepas mesyuarat Pakatan Harapan (PH) di Menara Yayasan Selangor hari ini.
Lim berkata beliau akan melihat dari segi memansuhkan GST, mengekalkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan subsidi harga minyak.
Mengenai pelantikan beliau sebagai orang Cina menerajui Kementerian Kewangan selepas 44 tahun, Lim berkata: “Saya tidak menganggap diri saya sebagai bangsa Cina, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia. Saya tidak tahu sudah 44 tahun, terima kasih kerana mengira untuk saya.”
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan 3 menteri kanan dalam Kabinet baharu dan mengumumkan pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan yang terdiri daripada sekumpulan tokoh terkemuka untuk menasihati kerajaan mengenai perkara melibatkan kewangan semasa tempoh peralihan.
Selain Lim, yang juga setiausaha agung DAP, 2 menteri kanan lain adalah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilantik sebagai menteri dalam negeri dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan.